BENGKEL KUASAI BAHASA ARAB BERSAMA DR ARABIC
Thursday, 3 October 2019
Monday, 1 July 2019
Monday, 26 September 2016
HEBAHAN PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 SESI 2017
HEBAHAN UNTUK SEMUA...
- BORANG PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 SESI 2017 BOLEH DAPATKAN DI PEJABAT SEKOLAH SABK MEDI PADA JAM 8.30 PAGI HINGGA 4.30 PETANG
- TARIKH TUTUP PERMOHONAN (HANTAR BORANG) ADALAH: 21 NOVEMBER 2016
- UJIAN KELAYAKAN (BERTULIS) PADA : 10 DISEMBER 2016 (SABTU)
- TEMPAT: SABK MAAHAD EHYAK DINIAH ISLAMIAH
- BAYARAN RM5.00 UNTUK 1 BORANG.
Tuesday, 23 August 2016
PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2016
Tanggal 17 Ogos 2016 bertempat di dataran perhimpunan SABK MEDI telah diadakan pelancaran bulan kemerdekaan 2016. Semua guru dan pelajar berkumpul seawal jam 7.20 pagi bagi pelancaran tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, kemudian ucapan perasmian pembukaan bulan kemerdekaan oleh Tuan Haji Fadzlan Shahidi bin Ghazali, Penolong Kanan Pentadbiran SABK MEDI. Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan nyanian lagu patriotik oleh semua guru dan pelajar yang diketuai oleh kumpulan koir sekolah.
TEKNIK MENJAWAB SPM & PT3 2016
Pada 12,13 dan 14 Ogos 2016 Unit Kurikulum SABK MEDI telah mengadakan Teknik Menjawab soalan SPM dan PT3 bagi semua subjek peperiksaan. Terima Kasih diucapkan kepada semua Penceramah jemputan dan guru-guru yang terlibat. Semoga segala usaha guru-guru dan pelajar dapat membantu para pelajar dapat menjawab soalan SPM dan PT3 dengan cemerlang.
JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2016
Sempena hari raya aidilfitri Asrama SABK MEDI telah mengadakan satu jamuan bertempat di dewan makan asrama pada 31 Julai 2016. Semua guru dan pelajar hadir bagi meraikan jamuan tersebut. Pelbagai juadah disediakan seperti Nasi Tomato, sate, kuih-muih dan lain-lain. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan jamuan tersebut.
Monday, 11 July 2016
HEBAHAN UNTUK SEMUA PELAJAR
Kerajaan negeri Perak melalui Kperak telah menyediakan portal ezlearn2u untuk membantu meningkatkan prestasi akademik murid-murid dalam negeri Perak. oleh itu semua murid boleh menggunakan portal ezlearn2u untuk pembelajaran semasa cuti sekolah.
PROGRAM JAYA WARIS PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016
Program Jaya Waris Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016 telah diadakan pada hari Jumaat 1 Julai 2016.Program ini bermula jam 10.30 pagi selepas Majlis Khatam Al-Quran. Program ini bertujuan menjalinkan kemesraan dan silaturahim antara ibu bapa dan guru bersama-sama membantu pelajar mencapai kejayaan. Di samping itu, ibu bapa dapat mengetahui keputusan peperiksaan dan sama-sama berkongsi usaha dan harapan bersama pihak sekolah.
MAJLIS KHATAM AL-QURAN & LAMBAIAN AIDILFITRI 2016
Majlis Khatam Al-Quran & Lambaian Aidilfitri anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Unit Hal Ehwal Murid telah dijalankan pada hari Jumaat, 1 Julai 2016 di dewan SABK MEDI.
Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi, setelah selesai Majlis Khatam Al-Quran, telah diadakan juga penyerahan duit raya kepada anak yatim dan fakir miskin.
Antara pelajar yang terlibat dalam Khatam Al-Quran
Penyerahan duit raya kepada anak yatim
Penyerahan duit raya kepada fakir miskin
Guru-guru bersalaman sempena Aidilfitri
PERKAMPUNGAN ILMU SPM & PT3
Perkampungan ilmu SPM & PT3 telah dijalankan dari 27 Mei 2016 (Jumaat) sehingga 30 Mei 2016 (Isnin) yang melibatkan semua pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5. Selain itu, program ini juga melibatkan semua guru SPM dan PT3. Program ini bertujuan memberi tunjuk ajar serta teknik menjawab SPM dan PT3 bagi semua subjek. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang meluangkan masa bagi menjayakan program ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)

























