Tuesday, 23 August 2016

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2016

Tanggal 17 Ogos 2016 bertempat di dataran perhimpunan SABK MEDI telah diadakan pelancaran bulan kemerdekaan 2016. Semua guru dan pelajar berkumpul seawal jam 7.20 pagi bagi pelancaran tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, kemudian ucapan perasmian pembukaan bulan kemerdekaan oleh Tuan Haji Fadzlan Shahidi bin Ghazali, Penolong Kanan Pentadbiran SABK MEDI. Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan nyanian lagu patriotik oleh  semua guru dan pelajar yang diketuai oleh kumpulan koir sekolah.






TEKNIK MENJAWAB SPM & PT3 2016

Pada 12,13 dan 14  Ogos 2016 Unit Kurikulum SABK MEDI telah mengadakan Teknik Menjawab soalan SPM dan PT3 bagi semua subjek peperiksaan. Terima Kasih diucapkan kepada semua Penceramah jemputan dan guru-guru yang terlibat. Semoga segala usaha guru-guru dan pelajar dapat membantu para pelajar dapat menjawab soalan SPM dan PT3 dengan cemerlang.