Tuesday 23 August 2016

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2016

Tanggal 17 Ogos 2016 bertempat di dataran perhimpunan SABK MEDI telah diadakan pelancaran bulan kemerdekaan 2016. Semua guru dan pelajar berkumpul seawal jam 7.20 pagi bagi pelancaran tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, kemudian ucapan perasmian pembukaan bulan kemerdekaan oleh Tuan Haji Fadzlan Shahidi bin Ghazali, Penolong Kanan Pentadbiran SABK MEDI. Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan nyanian lagu patriotik oleh  semua guru dan pelajar yang diketuai oleh kumpulan koir sekolah.






No comments:

Post a Comment