Wednesday 19 June 2013

Majlis Anugerah Kecemerlangan Sektor Pendidikan Islam

Majlis Anugerah Kecemerlangan Sektor Pendidikan Islam ini diadakan adalah sebagai satu mekanisme penilaian bagi memacu kecemerlangan dan daya saing secara bersepadu di kalangan sekolah di Negeri Perak.

Majlis ini telah diadakan pada 18 Jun 2013 yang bertempat di Dewan Sultan Yussuf, SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah yang telah dihadiri oleh semua sekolah SMKA, KAA, dan SABK yang terlibat di Negeri Perak.

Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pihak sekolah, guru-guru dan pelajar-pelajar yang telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi dalam melakar kejayaan dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.

Alhamdulillah, beberapa anugerah telah dirangkul oleh sekolah kita. Antaranya ialah :-

  1. Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SABK PMR 2012 (Kemahiran Hidup 4)
  2. Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SABK SPM 2012 (Sejarah)
  3. Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SABK SPM 2012 (Sains)
  4. Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SABK SPM 2012 (Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah)
  5. Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SABK SPM 2012 (Pendidikan Syariah Islamiah)
  6. Anugerah Gred Purata Sekolah Terbaik SABK SPM 2012
  7. Anugerah Pencapaian 100% Lulus Dalam SPM 2012

Tuesday 18 June 2013

Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Perak 2013M (14-15/6/2013)

Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah (MISS) Peringkat Negeri Perak diadakan setiap tahun. Majlis ini disertai oleh pelajar-pelajar SMKA/SABK/KAA dan ia dilaksanakan secara bergilir-gilir mengikut daerah.

Objektif MISS adalah untuk :-

  • Menanamkan sifat cintakan Al-Quran, memahami dan menghayati isi kandungannya.
  • Memperkasakan penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan murid serta mencintai bahasa tersebut.
  • Mengeratkan dan menjalinkan hubungan silaturrahim dalam kalangan pelajar dan guru.
  • memperkembangkan potensi pelajar dalam bidang kemahiran Bahasa Arab melalui pertandingan Qiraat, Tahfiz, Kalimatus sobah dan Hiwar.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah :-
  • Pertandinagn Tahfiz Al-Quran
  • Pertandingan Qiraat Sab'ah Bittaranum
  • Pertandingan Hiwar
  • Pertandingan Kuiz Ilmu Wahyu
  • Pertandingan Kuiz Bahasa Arab
  • Kalimatus Sobah
Alhamdulillah, MEDI telah menghantar wakil dalam pertandingan :-
  1. Kuiz Ilmu Wahyu (Menengah Rendah) - Hanya sampai di peringkat saringan sahaja
    • Siti Mashanum Binti Masduki
    • Nor Muslimah Binti Mohd Anuar
    • Nur Hazwani Binti Husen
  1. Kuiz Bahasa Arab (Menengah Atas) - Johan Peringkat Negeri
    • Muhammad Nur Ikhwan Bin Shamsuddin
    • Abul Khoir Bin Asim
    • Noorhidayah Binti Ghazali
MEDI telah menjadi johan dalam Pertandingan Kuiz Bahasa Arab dan akan bertanding di Peringkat Kebangsaan di Kelantan pada 4-7 Julai 2013. Tahniah diucapkan...