Tuesday 18 June 2013

Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Perak 2013M (14-15/6/2013)

Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah (MISS) Peringkat Negeri Perak diadakan setiap tahun. Majlis ini disertai oleh pelajar-pelajar SMKA/SABK/KAA dan ia dilaksanakan secara bergilir-gilir mengikut daerah.

Objektif MISS adalah untuk :-

  • Menanamkan sifat cintakan Al-Quran, memahami dan menghayati isi kandungannya.
  • Memperkasakan penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan murid serta mencintai bahasa tersebut.
  • Mengeratkan dan menjalinkan hubungan silaturrahim dalam kalangan pelajar dan guru.
  • memperkembangkan potensi pelajar dalam bidang kemahiran Bahasa Arab melalui pertandingan Qiraat, Tahfiz, Kalimatus sobah dan Hiwar.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah :-
  • Pertandinagn Tahfiz Al-Quran
  • Pertandingan Qiraat Sab'ah Bittaranum
  • Pertandingan Hiwar
  • Pertandingan Kuiz Ilmu Wahyu
  • Pertandingan Kuiz Bahasa Arab
  • Kalimatus Sobah
Alhamdulillah, MEDI telah menghantar wakil dalam pertandingan :-
  1. Kuiz Ilmu Wahyu (Menengah Rendah) - Hanya sampai di peringkat saringan sahaja
    • Siti Mashanum Binti Masduki
    • Nor Muslimah Binti Mohd Anuar
    • Nur Hazwani Binti Husen
  1. Kuiz Bahasa Arab (Menengah Atas) - Johan Peringkat Negeri
    • Muhammad Nur Ikhwan Bin Shamsuddin
    • Abul Khoir Bin Asim
    • Noorhidayah Binti Ghazali
MEDI telah menjadi johan dalam Pertandingan Kuiz Bahasa Arab dan akan bertanding di Peringkat Kebangsaan di Kelantan pada 4-7 Julai 2013. Tahniah diucapkan...

3 comments: