Wednesday, 26 November 2014

Daripada PIBG kepada MEDI

PIBG SABK MEDI memohon sumbangan ikhlas daripada semua ibu bapa untuk membina sebuah pondok keselamatan di kawasan Asrama Puteri. Sumbangan akan diwakafkan atas nama PIBG. Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun PIBG.

Bank Islam : 08031010042875



Wednesday, 19 November 2014

Ujian Itu Rahmat~~~

Pada 23/10/2014 (Khamis) telah berlaku sesuatu yang diluar jangkaan kami warga pendidik. Asrama puteri telah diceroboh. Kes ini telah mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan pelajar, namun kami sebagai warga pendidik tidak mudah melatah untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Berikut merupakan tindakan yang telah diambil oleh pihak sekolah bagi memastikan keselamatan penghuni asrama terjamin.



Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah s.w.t pasti terselit 1001 hikmah yang belum tentu kita sebagai hambanya dapat merungkai setiap satu hikmah yang ada. Ujian kes pencerobohan yang diterima oleh kami warga MEDI telah mendidik warga MEDI keseluruhannya agar menjadi lebih sabar dan meletakkan segunung pergantungan hanya kepada Allah s.w.t. Semakin kita diuji semakin hampir kita kepada-Nya. Ribuan ucapan terima kasih juga ditujukan kepada warga PIBG yang bersama-sama berganding bahu dengan kami memantau keselamatan anak didik MEDI.

Barisan Guru & Pelajar Tahun 2014

Assalamualaikum...
Rindu tak dengan guru-guru & kawan-kawan di MEDI??
Semoga ukhwah yang terjalin berkekalan...

Belakang : C.Shahaida, C.Aminah, U.Hazwani,U.Azilawati,C.Diyana, C.Faridza, C.Azzlin, C.Hayati, C.Aida, C.Izni, U.Madihah,C.Azma, C.Farah, C.Hejah
Duduk : C.Nazri, U.Shamsul(PK1), U.Izzuddin(Pengetua), C.Sulkhairi(PK KO), C.Norhayati(PKHEM)


Kelas 1 Al-Khawarizmi

Kelas 1 Al-Ghazali


Kelas 2 Al-Khawarizmi

Kelas 2 Al-Ghazali



Kelas 3 Al-Ghazali

Kelas 4 Al-Khawarizmi

Kelas 4 Al-Ghazali

Kelas 4 Al-Farabi

Kelas 5 Al-khawarizmi

Monday, 17 November 2014

Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

PENGENALAN
 
ASEAN adalah singkatan bagi Association of Southeast Asian Nations yang dikenali dalam bahasa Malaysia sebagai Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara. Ia ditubuhkan pada 8 Ogos 1967.
ASEAN yang dianggotai 10 negara mempunyai penduduk berjumlah kira-kira 515 juta orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama dengan jumlah keluasan lebih kurang 4.5 juta kilometer persegi.
 
 Negara-negara Pengasas ASEAN
  1. Malaysia
  2. Indonesia
  3. Filipina
  4. Singapura
  5. Thailand


 Negara Anggota ASEAN

Negara Anggota ASEAN
Tarikh Kemasukan
Malaysia
8 Ogos 1967 
Indonesia
8 Ogos 1967 
Filipina           
8 Ogos 1967 
Singapura
8 Ogos 1967 
Thailand
8 Ogos 1967 
Brunei Darussalam
7 Januari 1984 
Vietnam
28 Julai 1995 
Laos
23 Julai 1997 
Myanmar
23 Julai 1997 
Kemboja
30 April 1999

Sejarah
ASEAN atau Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara  ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 selepas satu sidang kemuncak diadakan di Bangkok dan dihadiri oleh perwakilan  Kerajaan Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.  Dalam sidang kemuncak ini satu deklarasi telah ditandatangani, iaitu Deklarasi  Bangkok.  Deklarasi  ini telah menjadi asas kepada pembentukan ASEAN.  Pengisytiharan ASEAN telah ditandatangani oleh Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia), S. Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Thanat Khoman (Menteri Luar Thailand) dan N. Ramos (Setiausaha Luar Filipina).

Rantau ASEAN  mempunyai populasi penduduk kira-kira 500 juta orang, dengan keluasan 4.5 juta kilometer persegi dan jumlah keluaran domestik bersama kira-kira US$ 737 billion.

Penyertaan Malaysia dalam ASEAN adalah berdasarkan keazaman Negara ini untuk menyelesaikan perbezaan politik dengan Filipina dan Singapura.  Di samping itu, Malaysia berhasrat untuk menjalin hubungan yang erat dengan Indonesia yang dipimpin oleh Presiden Suharto.  Pertikaian dan perbalahan politik semasa yang wujud di kawasan serantau dan keperluan untuk menyelesaikan masalah ini merupakan motif utama dalam menentukan kewujudan ASEAN.  Ini diperkukuhkan lagi menerusi persefahaman bersama di kalangan lima buah Negara kawasan serantau mengenai sokongan pihak luar  (dirujukkan kepada Negara China) bagi pemberontakan dalam negeri oleh pihak komunis.

Matlamat Penubuhan ASEAN
  1. Mempercepat pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial dan kemajuan budaya di rantau ini melalui kerjasama ke arah melahirkan komuniti Asia Tenggara yang aman dan makmur.
  2. Memupuk keamanan dan kestabilan serantau dengan menjungjung tinggi keadilan dan keluhuran undang-undang dari segi hubungan antara negara di rantau ini, di samping berpegang teguh pada prinsip-prinsip yang terkandung dalam Piagam Bangsa-bangsa Bersatu.
  3. Memupuk kerjasama serta semangat bantu-membantu dalam bidang pendidikan, professional, teknikal dan pentadbiran.
  4. Bekerjasama dengan lebih berkesan bagi memajukan bidang pertanian dan industri, meningkatkan perdagangan termasuk dengan membuat kajian mengenai perdagangan komoditi antarabangsa, memajukan kemudahan pengangkutan dan komuniksi serta memperbaiki taraf hidup penduduk.
  5. Memperbanyakkan lagi kajian mengenai Asia Tenggara.