PENGENALAN
ASEAN adalah singkatan bagi
Association of Southeast Asian Nations yang dikenali dalam bahasa Malaysia
sebagai Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara. Ia ditubuhkan pada 8 Ogos 1967.
ASEAN yang dianggotai 10
negara mempunyai penduduk berjumlah kira-kira 515 juta orang yang terdiri
daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama dengan jumlah keluasan lebih kurang
4.5 juta kilometer persegi.
Negara-negara
Pengasas ASEAN
- Malaysia
- Indonesia
- Filipina
- Singapura
- Thailand
Negara Anggota
ASEAN
Negara Anggota ASEAN
|
Tarikh Kemasukan
|
Malaysia
|
8 Ogos 1967
|
Indonesia
|
8 Ogos 1967
|
Filipina
|
8 Ogos 1967
|
Singapura
|
8 Ogos 1967
|
Thailand
|
8 Ogos 1967
|
Brunei Darussalam
|
7 Januari 1984
|
Vietnam
|
28 Julai 1995
|
Laos
|
23 Julai 1997
|
Myanmar
|
23 Julai 1997
|
Kemboja
|
30 April 1999
|
Sejarah
ASEAN atau Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara ditubuhkan
pada 8 Ogos 1967 selepas satu sidang kemuncak diadakan di Bangkok dan dihadiri
oleh perwakilan Kerajaan Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan
Singapura. Dalam sidang kemuncak ini satu deklarasi telah ditandatangani,
iaitu Deklarasi Bangkok. Deklarasi ini telah menjadi asas
kepada pembentukan ASEAN. Pengisytiharan ASEAN telah ditandatangani oleh
Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), Tun Adam Malik (Menteri
Luar Indonesia), S. Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Thanat Khoman (Menteri
Luar Thailand) dan N. Ramos (Setiausaha Luar Filipina).
Rantau ASEAN mempunyai populasi penduduk kira-kira 500
juta orang, dengan keluasan 4.5 juta kilometer persegi dan jumlah keluaran
domestik bersama kira-kira US$ 737 billion.
Penyertaan Malaysia dalam ASEAN adalah berdasarkan keazaman
Negara ini untuk menyelesaikan perbezaan politik dengan Filipina dan
Singapura. Di samping itu, Malaysia berhasrat untuk menjalin hubungan
yang erat dengan Indonesia yang dipimpin oleh Presiden Suharto.
Pertikaian dan perbalahan politik semasa yang wujud di kawasan serantau dan
keperluan untuk menyelesaikan masalah ini merupakan motif utama dalam
menentukan kewujudan ASEAN. Ini diperkukuhkan lagi menerusi persefahaman
bersama di kalangan lima buah Negara kawasan serantau mengenai sokongan pihak
luar (dirujukkan kepada Negara China) bagi pemberontakan dalam negeri
oleh pihak komunis.
Matlamat Penubuhan ASEAN
- Mempercepat pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial dan kemajuan budaya di rantau ini melalui kerjasama ke arah melahirkan komuniti Asia Tenggara yang aman dan makmur.
- Memupuk keamanan dan kestabilan serantau dengan menjungjung tinggi keadilan dan keluhuran undang-undang dari segi hubungan antara negara di rantau ini, di samping berpegang teguh pada prinsip-prinsip yang terkandung dalam Piagam Bangsa-bangsa Bersatu.
- Memupuk kerjasama serta semangat bantu-membantu dalam bidang pendidikan, professional, teknikal dan pentadbiran.
- Bekerjasama dengan lebih berkesan bagi memajukan bidang pertanian dan industri, meningkatkan perdagangan termasuk dengan membuat kajian mengenai perdagangan komoditi antarabangsa, memajukan kemudahan pengangkutan dan komuniksi serta memperbaiki taraf hidup penduduk.
- Memperbanyakkan lagi kajian mengenai Asia Tenggara.
No comments:
Post a Comment