Thursday, 25 April 2013

Analisa Peperiksaan SPM SABK KPM

 
 Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Analisa PMR SABK KPM


Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

" 1 BULAN, 1 PERKAMPUNGAN "



PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU

PMR & SPM 2013

Objektif program :-

1– Memberi pendedahan kepada para pelajar teknik menjawab bagi matapelajaran untuk PMR & SPM.

2– Mengenalpasti kelemahan pelajar dan membantu mengatasi kelemahan tersebut.

3– Mengetahui dan bersedia dengan pelbagai bentuk soalan.

4– Membantu pelajar mengulangkaji pelajaran dengan berkesan.

 

Sasaran :-

Semua pelajar Ting. 3 dan Ting. 5 SABK MEDI


Cadangan Perlaksanaan (Jumaat, Sabtu, Ahad) :-

April  (12/4/2013 -14/4/2013)

Mei (10/5/2013 - 12/5/2013)

Jun (21/6/2013 - 23/6/2013)

Julai (19/7/2013 - 21/7/2013)

Ogos (23/8/2013 - 25/8/2013)

September (20/9/2013 - 22/9/2013)


GANJARAN UNTUK PARA PELAJAR PMR & SPM 2013



Ganjaran akan diberikan kepada para pelajar yang berjaya di dalam Peperiksaan PMR & SPM 2013. Ganjaran-ganjaran yang dijanjikan adalah seperti berikut :-

1. Keseluruhan ‘A’ di dalam PMR & SPM : (RM300)
2. Keseluruhan Mumtaz bagi I’dadi dan Thanawi : (RM300)
3. 5A ke atas di dalam PMR & SPM : (RM10 x Satu ‘A’)
4. I’dadi & Thanawi : (RM10 x Satu ‘Mumtaz’)


Kejohanan MSSD Perak Tengah Tahun 2013

1) Bola Jaring


Tarikh : 15-17 April 2013
Tempat : Kolej Vokasional Seri Iskandar
Pencapaian : -
Pasukan Bawah 15 Tahun
Menang : MEDI vs SMK Seri Iskandar
Seri :MEDI vs SMK Abdul Jalil
Kalah : MEDI vs SMKA Azlan
# Tidak dapat mara ke pusingan separuh akhir


===============================
2) Badminton

Tarikh : 19-21 April 2013
Tempat : SMK Sultan Muzafar Shah 1, Lambor Kanan
Pencapaian : 3 org layak ke pusingan 2


Karnival Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama 2013

Karnival Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama 
Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2013M / 1434H

1) Badminton


Tempat : Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah, Kg. Gajah, Perak
Tarikh : 12-14 April 2013
Pencapaian : 6 orang berjaya mara ke pusingan 2, manakala seorang berjaya ke pusingan 4



================================
2) Bola Jaring

Tempat : Sek. Men. Raja Perempuan Taayah, Ipoh
Tarikh : 12-14 April 2013
Pencapaian : Tempat ke-3 dalam kumpulan daripada 7 pasukan. Tidak dapat mara ke pusingan separuh akhir.


~Barisan pemain bola jaring~





Mahrajan Kesenian Islam Peringkat Daerah Perak Tengah 2013

Festival Nasyid Daerah Perak Tengah 2013 yang telah berlangsung di SMKA Sultan Azlan Shah, Bota pada 23 April 2013 (Selasa). SABK MEDI telah mendapat tempat ketiga..video boleh lihat di sini..

Wednesday, 24 April 2013

Jawatankuasa PIBG Tahun 2013

Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Taklimat PBS dan Hari Aku Janji 2013


Semua ibu bapa/penjaga pelajar MEDI telah dijemput hadir ke program ini. Ibu bapa pelajar Tingkatan 1 dan 2 dilibatkan dengan taklimat penerangan mengenai PBS manakala yang lainnya terlibat dengan program Aku Janji untuk cemerlang dalam I’dadi, Thanawi, PMR dan SPM. Kehadiran adalah menggalakkan iatu lebih kurang 65% daripada keseluruhan ibu bapa. Teruskan berusaha dan berdoa untuk kejayaan anak-anak kita.

”Semua Pelawat Diharap Mematuhi Peraturan yang Ditetapkan Oleh Sekolah Ini. Berdisiplin, Menutup Aurat dan Berakhlak Mulia Semasa Berada di Dalam Kawasan Sekolah. Insya Allah”
 
TAAT DAN TUNDUK HANYA KEPADA ALLAH

Keputusan I’dadi dan Thanawi 2012


Alhamdulillah Dan Alllahu Akbar, pada 15 Mac 2013 keputusan I’dadi dan Thanawi 2012 telah diumumkan. Berikut merupakan keputusan yang telah dicatatkan oleh SABK MEDI:

Pencapaian
Peperiksaan
I’dadi
Thanawi
Mumtaz
3

1
Jayyid Jiddan
14
13

Jayyid
37
13

Maqbul
23
6

Gagal
2
-


Terima kasih kepada semua guru dan tahniah kepada semua calon.

MEDI CEMERLANG DALAM SPM 2013

Mesyuarat AJK PIBG Bil.1/2013

Mesyuarat ini  telah diadakan pada 3 Mac 2013. Antara keputusan yang telah dipersetujui  adalah:

  1. Menaik taraf gelanggang bola tampar   dengan anggaran kos RM3000. 
  2. Membina tempat wuduk pelajar puteri dan menaik taraf ampaian di asrama puteri dengan anggaran kos RM5200. 
  3. Memastikan kelas tuisyen bermula secepat mungkin. 
  4. Berusaha sedaya upaya untuk mengelolakan kuliah Tafaqquh Fi Addin  dengan mengundang penceramah dari luar. 
  5. Merancang untuk membaiki kerosakan  atap dan menaik taraf kantin. 
  6. Merancang untuk menganjurkan Program Walk To MEDI untuk mencari dana lebih kurang RM18000. 
  7. Memantau supaya program kecemerlangan yang disusun oleh pihak sekolah dapat dikelolakan seperti dalam takwim sekolah.

Mesyuarat Agung PIBG Ke-8


Mesyuarat Agung PIBG 2013 telah diadakan pada 24 Februari 2013. Seramai 76 ibubapa yang berkesempatan hadir ke mesyuarat tersebut. Dato’ Hj. Ahmad  b Jaafar, Yang Dipertua Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia Cawangan Negeri Perak turut hadir.

Berikut merupakan senarai Ahli Jawatankuasa 2013 yang telah dipilih dalam mesyuarat ini:

Yang Dipertua
En Mohd Mahyuddin Mohd Yusof

Naib Yang Dipertua
En Shamsuddin b Yusof

Setiausaha
Cik Nor Izni bt Mohd Hassan

Penolong Setiausaha
Pn Madihah bt Sapuwan

Bendahari
Cik Shariana bt Samsuri

Ahli Jawatankuasa
En Juhari b Ahmad
En Ahmad Nazri b Abd Rahman
En Abdul Halim b Yahya
En Halmi b Abd. Rahman
En Azuri b Sharuddin
En Mohd Nazri b Baharudin
Pn Noor Azilawati bt Ismail
Pn Nur Hazwani bt Che Idris
Cik Aminah bt Hasan