Wednesday, 24 April 2013

Mesyuarat AJK PIBG Bil.1/2013

Mesyuarat ini  telah diadakan pada 3 Mac 2013. Antara keputusan yang telah dipersetujui  adalah:

  1. Menaik taraf gelanggang bola tampar   dengan anggaran kos RM3000. 
  2. Membina tempat wuduk pelajar puteri dan menaik taraf ampaian di asrama puteri dengan anggaran kos RM5200. 
  3. Memastikan kelas tuisyen bermula secepat mungkin. 
  4. Berusaha sedaya upaya untuk mengelolakan kuliah Tafaqquh Fi Addin  dengan mengundang penceramah dari luar. 
  5. Merancang untuk membaiki kerosakan  atap dan menaik taraf kantin. 
  6. Merancang untuk menganjurkan Program Walk To MEDI untuk mencari dana lebih kurang RM18000. 
  7. Memantau supaya program kecemerlangan yang disusun oleh pihak sekolah dapat dikelolakan seperti dalam takwim sekolah.