Monday 11 July 2016

HEBAHAN UNTUK SEMUA PELAJAR

Kerajaan negeri Perak melalui Kperak telah menyediakan portal ezlearn2u untuk membantu meningkatkan prestasi akademik murid-murid dalam negeri Perak. oleh itu semua murid boleh menggunakan portal ezlearn2u untuk pembelajaran semasa cuti sekolah.


PROGRAM JAYA WARIS PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016

Program Jaya Waris Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016 telah diadakan pada hari Jumaat 1 Julai 2016.Program ini bermula jam 10.30 pagi selepas Majlis Khatam Al-Quran. Program ini bertujuan menjalinkan kemesraan dan silaturahim antara ibu bapa dan guru bersama-sama membantu pelajar mencapai kejayaan. Di samping itu, ibu bapa dapat mengetahui keputusan peperiksaan dan sama-sama berkongsi usaha dan harapan bersama pihak sekolah.




MAJLIS KHATAM AL-QURAN & LAMBAIAN AIDILFITRI 2016

Majlis Khatam Al-Quran & Lambaian Aidilfitri anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Unit Hal Ehwal Murid telah dijalankan pada hari Jumaat, 1 Julai 2016 di dewan SABK MEDI. 
Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi, setelah selesai Majlis Khatam Al-Quran, telah diadakan juga penyerahan duit raya kepada anak yatim dan fakir miskin.

 Antara pelajar yang terlibat dalam Khatam Al-Quran

 Penyerahan duit raya kepada anak yatim 

Penyerahan duit raya kepada fakir miskin
Guru-guru bersalaman sempena Aidilfitri


PERKAMPUNGAN ILMU SPM & PT3

Perkampungan ilmu SPM & PT3 telah dijalankan dari 27 Mei 2016 (Jumaat) sehingga 30 Mei 2016 (Isnin) yang melibatkan semua pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5. Selain itu, program ini juga melibatkan semua guru SPM dan PT3. Program ini bertujuan memberi tunjuk ajar serta teknik menjawab SPM dan PT3 bagi semua subjek. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang meluangkan masa bagi  menjayakan  program ini.






SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2016

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah SABK MEDI telah diadakan pada hari Khamis bersamaan 26 Mei 2016. Sambutan hari guru diadakan bagi mengenang dan menghargai jasa guru yang telah mendidik para pelajar selama ini. Selain itu,sambutan ini juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara guru dan pelajar. 


Wajah para guru yang segak lagi bergaya bertemakan pakaian  'Prince & Princess' 

Acara potong kek oleh Tuan Pengetua bersama semua Penolong Kanan

Antara aktiviti yang dirancang oleh pelajar sempena hari guru, 'explorace untuk guru'