Sunday 21 July 2013

Majlis Bacaan Yassin dan Berbuka Puasa 2013M/1434H

Tarikh : 19 Julai 2013
Hari : Jumaat
Masa : 6.00 ptg
Tempat : Surau Baru MEDI

Majlis ini adalah anjuran bersama Panitia Pendidikan Islam, PIBG Sekolah dan YBU Holdings SDN BHD yang bertujuan memberi ruang kepada mereka yang ingin beramal jariah di bulan Ramadan al-Mubarak. Disamping itu, majlis ini ingin meraikan murid-murid yang berpuasa sebagai imbuhan dan galakan untuk terus berpuasa.

Majlis bacaan Yassin adalah untuk pelajar-pelajar yang ingin menduduki peperiksaan I'dadi, Thanawi, PMR dan juga SPM.

Pelbagai juadah berbuka puasa yang disediakan hanya untuk meraikan para pelajar dan juga ibu bapa seperti sate, nasi beriani, murtabak, aiskrim dan macam-macam lagi.

Latihan Kebakaran (Fire Drill)

Tarikh: 18 Julai 2013
Masa: 10 pagi
Tempat: Dewan dan padang Maahad Ehyak Diniah Islamiah
Anjuran: Unit Keselematan Sekolah
Kumpulan sasaran: Pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah

Jemputan:

  1. Encik Munzir
  2. Encik Idris Akri

Objektif:
  • Memberi pendedahan kepada pelajar, guru serta kakitangan sekolah akan cara-cara untuk menghadapi kebakaran.
  • Memberi peluang kepada pelajar, guru dan kakitangan sekolah untuk mempraktikkan cara-cara yang betul memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api.


Aktiviti
  1. Latihan kebakaran.
  2. Ceramah cara-cara menyelamatkan diri apabila kebakaran berlaku.
  3. Demonstrasi memadam kebakaran.
  4. Pemeriksaan alatan kebakaran.



Friday 19 July 2013

Minggu Sains dan Matematik

Sambutan Minggu Sains dan Matematik bermula 3hb Julai sehingga 11hb Julai merupakan satu hasrat untuk mencapai sasaran 60:40 serta menjayakan program PPSMI di samping menarik minat para pelajar terhadap pelajaran Sains dan Matematik.

Antara objektif Minggu Sains dan Matematik adalah untuk menggalakkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar disamping memberi peluang pelajar-pelajar mengembangkan bakat serta potensi diri.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti 'Modern Bingo', 'Poster "The Amazing World of Science and Mathematics", 'Wheel of Fortune',' Super Scientist', 'Science Process Skills' dan 'My Rocket'.

Majlis Jaya Waris 2013

Majlis ini adalah anjuran bersama Unit Kurikulum SABK MEDI dengan Persatian Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pada 22 Jun 2013.

Objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk memohon keberkatan Allah secara beramai-ramai agar guru, ibu bapa, pelajar dan pentadbiran sekolah dipermudahkan dan diberi kekuatan dalam mencapai kejayaan. Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk menetapkan fokus dan berbincang dari hati ke hati demi mencapai kejayaan yang diharapkan.

Wednesday 10 July 2013

Pertandingan Forum Remaja Sekolah Menengah 2013 - Peringkat Daerah

Pada 2 Mei 2013, sekolah telah menghantar 5 orang peserta untuk menyertai Pertandingan Forum Remaja yang telah dijalankan di SMK Lambor Kiri. Para peserta yang menyertai pertandingan ini ialah :-

  1. Abul Khoir Bin Asim - Pengerusi Majlis
  2. Muhamad Anas Bin Azizan - Panel Pertama
  3. Noor Hidayah Binti Ghazali - Panel Kedua
  4. Husna Binti Omar - Panel Ketiga
  5. Mimi Atikah Binti Misran - Simpanan


Peserta telah dibantu oleh Puan Norhayati Binti Ramli selaku Guru Pembimbing pertandingan ini.

Dalam pertandingan ini, MEDI telah berjaya menunjukkan peningkatan pencapaian dengan merebut takhta Johan Forum Remaja Sekolah Menengah 2013 Peringkat Daerah Perak Tengah.

Disamping itu, antara anugerah lain yang telah diperolehi ialah :-

  1. Ahli Panel Terbaik : Saudara Mohamad Anas Bin Azizan
  2. Pengerusi Terbaik : Saudara Abul Khoir Bin Asim.

Peserta sekolah juga akan mewakili Daerah Perak Tengah dalam pertandingan Forum Peringkat Negeri yang akan berlangsung pada Bulan September.

Tuesday 9 July 2013

Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 2013

Pada 4-7 Julai 2013, pelajar kita seramai 3 orang telah menyertai pertandingan Kuiz Bahasa Arab (Menengah Atas) di Peringkat Kebangsaan dalam Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah (MISS) yang telah dijalankan di SMKA Falahiah, Tumpat, Kelantan.
Pelajar MEDI yang menyertai pertandingan kuiz ini terdiri daripada pelajar Tingkatan 5 iaitu :-
  1. Abul Khoir Bin Asim
  2. Muhammad Nur Ikhwan Bin Shamsuddin
  3. Noor Hidayah Binti Ghazali
Pelajar MEDI hanya layak di peringkat saringan sahaja dan tidak berjaya untuk ke peringkat seterusnya. Walau bagaimanapun, kesungguhan yang di pamerkan oleh pelajar2 MEDI jelas kelihatan ketika mereka mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi kuiz Bahasa Arab ini. Pihak sekolah sangat berbesar hati dan berbangga kerana mereka telah melakar sejarah MEDI kerana telah sampai ke peringkat Kebangsaan.

Tahniah dan Syabas pihak sekolah ucapkan!!!

Perkhemahan Pengakap Ujian Lencana Jaya dan Keris Emas Daerah Perak Tengah 2013


Persatuan Pengakap Daerah Perak Tengah dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah telah mengadakan perkhemahan untuk menggalakkan dan membentuk jati diri pelajar supaya lebih bersifat kepimpinan.

Tarikh : 5-7 Julai 2013
Hari : Jumaat-Ahad
Tempat : Kem Kota, Layang-layang Kiri, Parit



Monday 8 July 2013

Kejohanan Olahraga 2013 Kali Ke-5 2013

Kejohanan Olahraga sekolah adalah satu aktiviti sukan yang dapat melibatkan penyertaan secara menyeluruh. Ia dapat berfungsi untuk mengembangkan potensi pelajar seca seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial melalui pendedahan dengan pengelolaan dan pengurusan sukan sama ada sebagai atlet, pembantu guru ataupun pegawai kejohanan.

Matlamat utama kejohanan ini ialah untuk meningkatkan dan mengekalkan kecerdasan fizikal para pelajar dan memupuk penyertaan 100% pelajar dalam aktiviti olahraga dan pengurusan sukan.

Kejohanan Olahraga kali ini telah dirasmikan oleh Pengetua SABK MEDI iaitu En. Izzuddin Bin Mohd Fakhruddin pada 27 Jun 2013 di padang sekolah. Majlis Penutup kejohanan ini bermula pada jam 2.30petang yang dimulai dengan perbarisan rumah sukan dan unit uniform.

Keputusan Rasmi Kejohanan Olahraga :

  1. Rumah Merah : 604 Mata
  2. Rumah Kuning : 597 Mata
  3. Rumah Biru : 584 Mata
  4. Rumah Hijau : 563 Mata