Wednesday 24 April 2013

Mesyuarat Agung PIBG Ke-8


Mesyuarat Agung PIBG 2013 telah diadakan pada 24 Februari 2013. Seramai 76 ibubapa yang berkesempatan hadir ke mesyuarat tersebut. Dato’ Hj. Ahmad  b Jaafar, Yang Dipertua Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia Cawangan Negeri Perak turut hadir.

Berikut merupakan senarai Ahli Jawatankuasa 2013 yang telah dipilih dalam mesyuarat ini:

Yang Dipertua
En Mohd Mahyuddin Mohd Yusof

Naib Yang Dipertua
En Shamsuddin b Yusof

Setiausaha
Cik Nor Izni bt Mohd Hassan

Penolong Setiausaha
Pn Madihah bt Sapuwan

Bendahari
Cik Shariana bt Samsuri

Ahli Jawatankuasa
En Juhari b Ahmad
En Ahmad Nazri b Abd Rahman
En Abdul Halim b Yahya
En Halmi b Abd. Rahman
En Azuri b Sharuddin
En Mohd Nazri b Baharudin
Pn Noor Azilawati bt Ismail
Pn Nur Hazwani bt Che Idris
Cik Aminah bt Hasan

Usul yang telah diluluskan:

1. Sumbangan yang perlu diberikan oleh setiap murid bagi mewakili keluarganya:
 
i.  Sumbangan Tahunan Sekeluarga RM150.00
ii.  Bayaran tuisyen:
  -  Azhari      (Ting.2 dan 4)      RM 70.00
  -  Akademik (Ting.3 dan 5)     RM 50.00

·         - Ibu bapa yang masih mempunyai bayaran tertunggak bagi tahun 2012, diharap segera menjelaskannya.

·         NOTA: Boleh mula menjelaskan bayaran bagi tahun 2013 setelah mendapat kelulusan daripada JPN Perak.

2. Mulai tahun 2013, aktiviti kerohanian akan dilaksanakan bagi menambahkan ilmu  dan meningkatkan nilai akhlak dan disiplin pelajar.

3. Keselesaaan di asrama juga akan dipertingkatkan terutamanya kerja-kerja membaiki kerosakan prasarana.

4. Bagi meningkatkan aspek keselamatan secara menyeluruh, ibu bapa tidak dibenarkan membawa kenderaan ke kawasan asrama kecuali ketika hujan. Sistem siaraya yang diletakkan di pondok pengawal akan beroperasi untuk memanggil para pelajar apabila ibubapa hadir ke sekolah.