Tuesday 23 April 2013

Mahrajan Kesenian Islam Peringkat Daerah 2013

Pada 16 April 2013 (Selasa) telah dijalankan Mahrajan Kesenian Islam peringkat zon di SMK Changkat Lada..

Alhamdulillah MEDI telah menghantar wakil bagi pertandingan nasyid dan sekali lagi alhamdulillah apabila kita dapat merangkul gelaran Johan bagi peringkat zon. Tahniah diucapkan!

Selang seminggu (hari ini) bersamaan 23 April 2013 (Selasa) Mahrajan Kesenian Islam Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah telah diadakan di SMKA Sultan Azlan Shah yang terletak di Seri Iskandar. Pelbagai acara yang telah dijalankan bagi sekolah rendah dan juga sekolah menengah. MEDI telah menghantar wakil bagi acara Khat Lelaki, Khat Perempuan, dan Nasyid.. Alhamdulillah, walaupun Johan bukan dalam genggaman kita, tetapi, kepuasan dan kegembiraan adalah matlamat utama bagi setiap pelajar dalam mencungkil bakat.


Ini adalah keputusan rasmi bagi Mahrajan Peringkat Daerah Perak Tengah (Sekolah Menengah) ::

1) Khat (Lelaki)
Saguhati : Maahad Al-Aziz
Tempat Ke-3 : SMK Lambor Kiri (80%)
Tempat Ke-2 : SABK Maahad Ehyak Diniah Islamiah (84%)
Tempat Pertama : SARJANA (89%)

2) Khat (Perempuan)
Saguhati : SMKA Sultan Azlan Shah
Tempat Ke-3 : SMK Maharaja Lela (76%)
Tempat Ke-2 : SABK Maahad Ehyak Diniah Islamiah (80%)
Tempat Pertama : SARJANA (82%)

3) Nasyid
Saguhati : Maahad Al-Aziz
Tempat Ke-3 : SABK Maahad Ehyak Diniah Islamiah (64.5%)
Tempat Ke-2 : SARJANA (76.25%)
Tempat Pertama : SMKA Sultan Azlan Shah (84%)


Mohd Ikhmal Azim ( Khat : Tempat Ke-2)

Muslimah (Khat : Tempat Ke-2)

Nasyid (Tempat Ke-3)

Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Perak iaitu Tuan Haji Muhammad bin Yahya pada jam 5.45 petang.