Sunday, 19 May 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Pada 16 Mei 2013 ( Khamis) telah diadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah..Sambutan Hari Guru ini telah diatur oleh para pelajar dan PIBG bagi meraikan guru-guru SABK MEDI. Majlis Sambutan Hari Guru telah bermula pada jam 8.00 pagi dan semua guru berarak pergi ke dewan sekolah dan telah dirasmikan oleh Ustaz Izzuddin selaku Pengetua SABK MEDI.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan untuk semua guru..Antaranya ialah acara bola jaring lelaki, bola tampar wanita dan sukaneka ..Para pelajar turut mengambil bahagian dalam membuat persembahan untuk guru-guru..Sebahagian pelajar mengambil bahagian untuk membersihkan kereta guru-guru.

Acara kemuncak bagi Majlis Sambutan Hari Guru adalah penyampaian hadiah untuk semua guru sebagai tanda penghargaan para pelajar terhadap guru..Majlis berakhir pada jam 2.00 petang.












Thursday, 9 May 2013

10 Cara Mengatasi Malas



Malas belajar, malas buat kerja sekolah, malas buat ulangkaji, bahkan nak solat pun malas. Sifat malas memang penyakit yang sangat kronik dan sukar diubati. Kalau sifat ini, bermakna pelajar mempunyai satu masalah yang serius. Tapi jangan risau kerana sifat malas ini boleh diatasi. Cuba lihat tips-tips yang di kongsikan di bawah ini:

  • Amalkan doa mengelak diri dari malas
  • Ingat sasaran dan matlamat diri anda
  • Teknik 10 Minit
  • Banyak membaca bahan motivasi
  • Susun dan mudahkan jadual anda
  • Rehat dan tidur yang cukup
  • Bersenam dan beriadah
  • Berkawan dengan orang yang positif
  • Amalkan teknik pernafasan
  • Suarakan moto anda

Ada satu doa dalam Al Ma’thurat yang bertujuan untuk menghindarkan diri kita dari sifat lemah dan malas.
Sebenarnya pelajar-pelajar, apabila kita berdoa kepada Allah (S.W.T), itu menunjukkan bahawa kita memang bersungguh-sungguh untuk berubah. Doa dan kesungguhan itulah yang akhirnya akan menggerakkan seluruh tubuh badan kita untuk berubah menjadi rajin.

Contohnya jika pelajar-pelajar rasa malas ke sekolah di waktu pagi, pelajar akan terfikir bahawa selepas solat subuh tadi adik-adik baru sahaja berdoa supaya terhindar dari sifat malas. Jadi secara automatik, pelajar akan membuang segala perasaan malas pelajar.

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 SABK MEDI akan dijalankan bermula pada :

1) Tingkatan 1 & 2 :: 21/05/2013 hingga 23/05/2013 (Bagi subjek I'dadi sahaja)
2) Tingkatan 3 :: 13/05/2013 hingga 23/05/2013 (Akademik)
3) Tingkatan 4 :: 13/05/2013 hingga 22/05/2013 ~petang~ ( Bagi subjek Thanawi)
4) Tingkatan 4 & 5 :: 13/05/2013 hingga 23/05/2013 (Akademik)

Panduan Peperiksaan :-

  • Pelajar perlu berada di dalam kelas masing-masing 15 minit sebelum peperiksaan bermula
  • Pelajar tidak dibenarkan meniru atau memberi tiru atau sebarang perbuatan yang boleh didakwa atas kelakuan meniru. Sekiranya terdapat pelajar yang melakukan kesalahan ini akan diambil tindakan tatatertib.
  • Pelajar tidak dibenarkan tidur dan keluar ke tandar dalam masa 30 minit peperiksaan bermula dan 30 minit sebelum peperiksaan berakhir.
  • Pelajar perlulah membawa alat tulis yang mencukupi dan lengkap.

Pelancaran Blog Sekolah

Sejajar dengan kemajuan ICT, SABK MEDI berusaha mengorak langkah mengikuti peredaran masa yang semakin maju kehadapan. Dengan wujudnya Blog Sekolah ini, pelajar dan ibu bapa dapat memperoleh segala makluat berkaitan dengan sekolah.

Majlis Pelacaran Blog Sekolah telah dilancarkan oleh Pn. Hajah Salmiah Binti Sabran, Ketua Sektor Pendidikan Islam, JPN Perak pada 2 Mei 2013 (Khamis).

Hari Anugerah Kecemerlangan 2013

Hari Anugerah Kecemerlangan 2013 telah diadakan pada 2 Mei 2013 (Khamis) bertempat di Dewan SABK MEDI bertujuan untuk menghargai kecemerlangan pelajar-pelajar MEDI yang berjaya di dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Hari Anugerah ini adalah anjuran bersama pihak sekolah dan PIBG MEDI.

Pelbagai kriteria dan anugerah yang telah diberikan kepada para pelajar yang telah berjaya memperolehi keputuan yang cemerlang di dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2012, Peperiksaan PMR & SPM, I'dadi dan Thanawi dan Pelajar Harapan PMR & SPM.

Hari Anugerah ini telah dirasmikan oleh Pn. Hajah Salmiah Binti Sabran selaku Ketua Sektor Pendidikan Islam, JPN Perak.

Lawatan Penanda Aras ke SMKA Al-Irshad

Sempena Lawatan Penanda Aras, sekolah kita telah pergi ke SMKA Al-Irshad yang terletak di Kepala Batas, Pulai Pinang pada 3 Mei 2013(Jumaat).

Lawatan Penanda Aras ini bertujuan untuk melihat persekitaran sekolah, sistem pengurusan fail dan Program Peningkatan Sekolah yang telah dilakukan oleh SMKA Al-Irshad selaku Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK). Walaupun masa lawatan hanya 2jam (10 pg-12 tghr), tetapi maklumat yang telah diperolehi sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah dalam menguruskan sistem pengurusan sekolah.

Peserta yang turut serta :
1) Pengetua (En. Izzuddin)
2) PK Pentadbiran (Tn. Hj. Mohd Nazri)
3) Pn. Sazila
4) Pn. Noor Hasnie
5) Cik Laili Rohaida
6) Pn. Azzlin Arenayati
7) En. Nazri
8) En. Ridzwan (Penyelia Asrama)
9) Cik Nor Hejah
10) Cik Amy Emyra
11) Pn. Norhayati Ramli

Setelah selesai berurusan di SMKA Al-Irshad, guru-guru berpeluang melawati Masjid Pulau Pinang dan Bazar Chowrasta untuk membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing.

Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah 2013

Program Deklamasi Puisi ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Sajak & Kategori Syair. Pertandingan ini dapat mendedahkan pelajar dalam bidang deklamasi puisi dan memupuk kecintaan golongan remaja terhadap sastera Melayu. Malah pelajar dapat mempelajari lagu-lagu dalam penyampaian syair.

Secara keseluruhannya, pertandingan ini berjalan dengan lancar dan konsep dua kategori iaitu penyampaian syair dan sajak sememangnya tepat. Ini kerana, peserta dapat menghayati puisi mereka dan memberi ruang ramai pelajar untuk menyertai pertandingan peringkat daerah. Malah, pertandingan ini telah memberi impak positif dari segi penghayatan peserta dan kelancaran hakim menghakimi pertandingan.

Rumusan peserta : 26 orang (13 buah sekolah)

Peserta MEDI :
Siti Mashanum (Syair)
Syahirah Zakaria (Sajak)

Keputusan :
1) Kategori Sajak
Johan : Sek Men Raja Dr. Nazrin Syah
Naib Johan : SMK Sg. Ranggam
Ketiga : SMK Dato' Seri Maharajalela

2)Kategori Syair
Johan : SMK Iskandar Shah
Naib Johan : SMK Dato' Seri Maharajalela
Ketiga : SMK Dato' Abd. RRahman Yaakub

Wednesday, 8 May 2013

Kem Kepimpinan & Pembinaan Sahsiah (8-10/3/2013)

Sebagai memenuhi aspirasi negara bagi melahirkan bakal pemimpin yang berkaliber, satu kem kepimpinan telah dirangka untuk para pelajar. Program ini merupakan kem pepimpinann perintis yang julung kali dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dengan kerjasama Unit HEM SABK Maahad Ehyak Diniah Islamiah.

Program ini bertujuan memberi sumbangan, motivasi dan menerapkan nilai kepimpinan kepada pelajar agar menjadi pelajar yang berkepimpinan dan berketerampilan serta memiliki peribadi yang unggul seterusnya menjadi contoh tauladan kepada masyarakat luar.

Diantara pelajar yang terlibat dalam program kepimpinan ini adalan Badan Pengawas, Pengawa Pusat Sumber, Pengawas SPBT, Pengerusi dan Naib Pengerusi Kelab/Persatuan dan Sukan Permainan seramai 46 orang pelajar.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan. Antaranya ialah 'Abselling', 'Junggle Tracking', 'Orientering', 'Night Tracking', 'Flying Fox', Kraf Perkhemahan, 'Ice Breaking', Persembahan Kumpulan, 'Survival' & 'Team Building'.