Monday 9 May 2016

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2016

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik merupakan salah satu program akademik dan menjadi satu daripada acara tahunan SABK Maahad Ehyak Diniah Islamiah, Kg. Gajah. Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik telah di adakan pada 14 Mac 2016 ( Khamis ) di Dewan SABK MEDI.

Program ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik, memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah dalam bidang akademik. Di samping itu, hari anugerah kecemerlangan juga dapat menjadi motivasi kepada murid-murid untuk terus bersaing dalam akademik.  

Perasmian oleh En. Al-Yashir Bin Yahya
wakil daripada YBU Holdings Berhad

Ucapan Pengetua SABK MEDI 
Ustaz Izzuddin Bin Haji Fakhrudin
 
Sebilangan pelajar yang menerima hadiah.