Thursday 29 January 2015

Sekolah Ganti VS Cuti

MAKLUMAN :: 

Ini adalah surat daripada PPD berkenaan Tarikh Persekolahan Berganti bagi sekolah yang terlibat dengan banjir..

Walaubagaimanapun, pelajar boleh pulang pada hari Jumaat (30/1/2015) dan ibu bapa boleh mengambil pelajar bermula jam 12.30 tghr kerana pihak PPD telah meluluskan permohonan sekolah untuk dikecualikan untuk bersekolah pada 31/1/2015. 

Tarikh ganti 31/1/2015 akan diganti pada tarikh 14/2/2015.



Friday 16 January 2015

Pendaftaran Pelajar Sesi 2015

Makluman kepada semua pelajar dan ibu bapa :-

Sesi persekolahan akan bermila pada 19/1/2015. Sehubungan dengan itu, pendaftaran akan dibuat seperti berikut :-

Tarikh : 18/1/2015 (Ahad)
Tempat : Dewan SABK Maahad Ehyak Diniah Islamiah (Bagi Pelajar Ting.1) & di Kelas (Bagi Pelajar lama)
Masa : 8.15 pg (Taklimat di dalam dewan untuk murid Ting.1 oleh Pihak Pengurusan)
           9.00 pg - 11.00 pg (Pendaftaran dalam kelas untuk semua murid)

Pakaian : Baju Batik Sekolah (Pelajar Lama) & Baju Sekolah (Pelajar Ting.1)











Friday 9 January 2015

Tangguh Lagi !!!

Assalammualikum..

Persekolahan akan ditangguhkan seminggu lagi kerana keadaan sekolah yang masih banjir dan penangguhan sekolah selama seminggu ini perlu diganti pada waktu tertentu..

Pendaftaran sekolah akan dibuat pada 18/1/2015 (Ahad) dan masa seperti yang telah ditetapkan di dalam surat yang telah dimaklumkan kepada semua..

Sebarang kesulitan amat kami kesali dan kami dari pihak sekolah ucapkan terima kasih.



p/s :: doakan keadaan MEDI cepat pulih seperti sediakala.