Friday 31 October 2014

Coretan untuk anak didik SPM 2014...


Setiap dari kita pasti inginkan kejayaan dan menjadi orang yang hebat dalam hidup. 

Siapa yang tak nak kan.?? Tapi ada tak kita selidik bagaimana mereka berjaya? 

Sebenarnya untuk menjadi orang yang berjaya dan orang yang hebat itu kita perlu melakukan sesuatu yang luar biasa dari kebiasaannya. Wah!! bunyi macam dasyat je kan? Tapi itulah hakikatnya. Tak mudah sebenarnya.. Tapi, jika adanya kesungguhan, kerajinan, daya usaha dan semangat juang insyaALLAH pasti ALLAH memberikan jalannya..

Kami warga pendidik doakan kejayaan para pelajar SPM 2014..




Pulang ''KECEMASAN''

Assalamualaikum kepada semua...

Minggu ini (31/10/2014) pelajar asrama dibenarkan pulang ke rumah masing-masing atas sebab-sebab tertentu.. Hal ini disebabkan terjadinya perkara yang diluar jangkaan kami warga pendidik..

Walaubagaimanapun, kami sedang cuba sedaya upaya kami untuk membanteras masalah ini disamping dengan bantuan pihak polis dan ibu bapa sekalian..Diharapkan para pelajar dapat mengulang kaji pelajaran di rumah dengan tenang untuk menghadapi minggu peperiksaan.

Sebarang kesulitan yang menimpa amat kami kesali dan kami memohon maaf..

Tuesday 14 October 2014

Takwim Sekolah 2015

Takwim persekolahan bagi sesi 2015 sudah dikeluarkan di laman web KPM pada hari ini. Dengan berbaki lagi hampir sebulan untuk bersekolah bagi sesi 2014, insyaAllah jadual dan takwim ini dapat dimanfaatkan oleh pihak sekolah dalam merancang aktiviti pada tahun 2015. Jumlah hari persekolahan termasuk cuti am adalah 205 hari dan Jumlah Hari Cuti Penggal pula adalah 85 hari. 




Monday 13 October 2014

Borang Permohonan ke Tingkatan 1 Tahun 2015

Assalamualaikum..

Perhatian kepada semua ibu bapa yang berminat untuk memasukkan anak ke Tingkatan 1 di SABK MEDI, borang permohonan boleh didapati di pejabat sekolah mulai hari ini (13/10/2014) sehingga 14/11/2014.

Pengeluaran borang terhad..Datang segera untuk mendapatkan borang...