Sunday 12 January 2014

Permohonan Program Prauniversiti di Sekolah Sukan Malaysia Sesi 2013/2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sukan, KPM membukapeluang kepada murid-murid lepasa SPM yang layak mengikuti program Prauniversiti di Sekolah Sukan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, murid-murid lepasan SPM yang layak dan berminat boleh memohon secara atas talian (online) mulai 10 Februari sehingga 9 April 2014.

Tatacara Permohonan Program Prauniversiti Bagi Murid Lepasan SPM.

1- Mengisi dan melengkapkan borang permohonan secara online di web KPM (www.moe.gov.my)
2- Tarikh permohonan dibuka pada 10 Februari sehingga 9 April 2014
3- Mencetak borang yang telah diisi untuk mendapatkan laporan jurulatih
4- Menghantar borang permohonan yang dilengkapkan beserta salinan dokumen yang berkaitan yang telah disahkan kepada :

Pengarah
Bahagian Sukan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 & 7, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u/p : Unit Sekolah Sukan Malaysia)

5- Borang Permohonan yang lewat diterima tidak akan diproses